Isnin, 11 April 2011

TATAPAN PENUH CINTA..

paradigma Mukmin
Pernahkah anda menatap orang-orang terdekat anda ketika saat dia sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali untuk menatap mereka saat mereka sedang tidur.
Saat itu, yang nampak adalah ekspresi paling suci dan paling jujur dari seseorang.


Seorang artis yang ketika di pentas begitu cantik dan gemerlap pun boleh nampak biasa
dan jauh berbeza jika dia sedang tidur.
Orang paling kejam di dunia pun jika dia sudah tidur, tak akan nampak wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur.
Sedarilah, badannya yang dulu tegap dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.


Sekarang, beralihlah.
Lihatlah ibu anda
kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu
kini kasar kerana tempaan hidup yang sukar.
Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.


Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu :
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya.
Rasakanlah kuasa cinta yang mengalir perlahan disaat menatap wajah bersih yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang tertutup oleh silap faham yang kecil
Entah kenapa selalu sahaja nampak besar.


Secara ajaibnya, Allah mengatur agar pengorbanan itu
agar boleh dilihat melalui wajah-wajah jujur mereka semasa sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata :
“betapa lelahnya aku hari ini”.
Dan penyebab lelah itu?
Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tak lain adalah kita.


Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang ada dalam hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan yang muncul  jika mengingati itu semua.


Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tak lagi membuka matanya selamanya .

Jumaat, 18 Mac 2011

TADHIYYAH??? APA TU??



Salam....Hari ni nak citer pasal Tadhiyyah..tau x pe tu tadhiyyah?? msti semue dah tau kan sebab kite kan blaja Bahasa Arab...tapi  xpe r..walaupun semua orang dah tau,tp ana stilll nak citer gak...walaupun ana bukanlah orang yang selayaknya untuk bercerita tentang pen'tadhiyyah'an kerana pentadhiyyahan ana tidaklah sehebat orang yang pernah diuji untuk tadhiyyah..nape ana nak citer sangat pasal tadhiyyah ni?? sebab tadhiyyah ni ada kaitan ngan kehidupan kita sebagai pengawas...

k, sekarang ana gtau maksud tadhiyyah dulu ek..tadhiyyah ni bermaksud mengorbankan harta, jiwa, waktu, kehidupan dan segala-galanya untuk mencapai tujuan. Pengorbanan apa pun tidak akan sia-sia, akan diganti dengan balasan pahala:

QS. 9:111 ”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka”
QS. 48:16 ”Maka jika kalian taat Allah akan memberi kalian pahala yang baik”
QS. 2:245 ” Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”

Umat ini tdak akan baik kecuali dengan sesuatu yang menyebabkan baiknya umat pertamanya, dan tidak akan mendapatkan kemuliaan kecuali dengan apa yang menyebabkan pendahulunya mendapatkan kemuliaan.
Tiada kehidupan bagi dakwah tanpa jihad, tiada jihad tanpa pengorbanan.
QS. 34:39 ” Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.”
QS. 3:157 ” Dan sungguh kalau kamu gugur di jalan Allah atau meninggal, tentulah ampunan Allah dan rahmat-Nya lebih baik (bagimu) dari harta rampasan yang mereka kumpulkan.”

Orang yang tidak mau berkorban akan berdosa
QS.9:24 dan 38-39
QS. 47:38
QS. 48:16

QS:61:10-11 ” Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
Di ambil dari buku “At-Tadhiyyah” Hasan Al-Banna

Ini membawa maksud sekiranya ketika itu, saat itu Islam memerlukan tadhiyyah daripada kita. Dan ketika itu juga, sekiranya kita hanya mempunyai wang untuk di tadhiyyah kan, maka saat itu tadhiyyah ke atas wang itu amat dituntut dan diperlukan. Dan dengan bersifat dan bersikap tadhiyyah, maka ia boleh melatih jiwa-jiwa muslim yang ada sekarang untuk terus menerus sayangkan agama yang ada biarpun dalam keadaan macam mana sekali pun.


Bagaimana kalau ketika itu, kita mempunyai sepenuh tenaga untuk disumbangkan kepada agama? Maka, tadhiyyah ketika itu menggunakan sepenuh tenaga adalah sangat-sangat dituntut. Bukan balasan dan duitnya dapat di sini, tapi kalau benar ikhlas, balasan dan 'duit' nya nanti kita sama-sama tuntut di SANA.



dah faham??

apa kaitannya ngan pengawas lak??

k, senang citer camni...(ana nak tekankan tadhiyyah dari segi masa sebab masa pun salah satu daripada tadhiyyah)..mse interview nak jadi pengawas hari tu (bile tarikhnye dah lupa lak) semua bakal2 pengawas ditanya dengan soalan lebih kurang camni.."sanggup ke awak korbankan masa awak untuk pengawas??"
bakal2 pengawas sekalian pun menjawab "boleh je kak,saya tak kisah pun", "InsyaAllah bang,saya akan korbankan masa saya" camtu la lebih kurang bunyinya...

TETAPI...

bile diuji..semua memberi alasan...xfaham??k,ana bagi contoh..katekan esok ada exam (ADD MATH la contohnya) dan malam ni pulak ada meeting psal mslh pelajar..pnting sgt..tapi semua memberi 1 juta alasan..nak study la, nak wat revisionla...so shbt2 trsyg, mne tadhiyyah kita?ni baru sedikit daripada ujian yang Allah berikan...ni belum citer soal duit lagi..

ada satu citer pasal keajaiban tadhiyyah..ada seorang hamba Allah ni nak amik exam trial SPM..tapi malam ni ada meeting penting sangat..nak tak nak dia kena pergi gak..dia pun ikhlaskan hati seikhlas mungkin..dan dengan kuasa Allah,tidur malam tu dia mimpi apa yang bakal kuar esok..dan Alhamdulillah, dia berjaya dengan cemerlangnya..(tapi ni bukan ana nk suruh Tun dan Zulfahmi buat meeting malam exam..huhu) ni cuma contoh je..

Anda Mahu Tadhiyyah?
Dalam mahu membawa agama Islam yang tercinta ini, duit tidak ditabur. Pangkat tidak ditawar. Kedudukan tidak pernah dibentangkan. Menjadi terkenal lebih-lebih lagi tidak. Masa bekerja tidak menentu. Tapi kalau kita benar-benar yakin dan ikhlas, bayaran mahal ada di SANA. Tapi ia sangat-sangat memerlukan elemen tadhiyyah dalam mahu membawa agama Allah ini.


Tadhiyyah masa-tadhiyyah tenaga-tadhiyyah kewangan-tadhiyyah kehendak diri-tadhiyyah masa untuk berkeluarga-dan tadhiyyah dalam pelbagai konteks lagi. Ianya dituntut semata untuk meletakkan agama Islam pada kedudukan yang sebenar.


Dan, ia menjadikan persoalan kepada kita semua. Adakah anda mahu tadhiyyah?


Kalau jawapannya YA, maka anda sudah bersedia dan selangkah untuk membantu agama Allah ini dalam keadaan yang mencabar di hadapan sana. Tapi kalau jawapannya belum lagi YA, maka ayuh sama-sama kita menambahkan ilmu yang ada pada kita untuk menjadikan kita mahu tadhiyyahkan pada agama Islam yang indah ini.


Akhlaknya
Islam payah untuk ditegakkan kalau masing-masing mahu mengambil hal dan keperluan diri masing-masing. Duit aku, duit aku. Duit kau, duit kau. Masa aku, masa aku. Masa kau, masa kau. Oleh itu, sekiranya kita tidak mahu untuk menyokong dan membawa Tadhiyyah untuk agama, siapa lagi? Kita kan muslim, kita juga Insyaallah mukmin yang akan turut sama mendokong perkara ini sehingga akhir hayat, Insyaallah.
p/s-Tadhiyyah..!!~

~KISAH BROWNIES DALAM KEHIDUPAN~


Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.
“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 18-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 18 tahun!”
Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”
“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”
“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya,
“Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”
Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.
Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.
“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.
“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”
“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.
“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”
“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.
“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.
“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.
“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”
Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.
“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.
“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”
“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”
“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

Khamis, 17 Mac 2011

KALAU...


Kalau sayalah jadi Tuan Menteri,
saya tak tahu mana nak lari,
sebab saya tahu Allah tanggungjawabkan saya dengan apa yang saya pimpin.
Dan apa harta rakyat yang saya diamanahkan.
Dan kebajikan rakyat yang perlu saya pertahankan.
Dan kezaliman serta penindasan yang perlu saya hapuskan.
Dan Islam yang benar dan sahih yang perlu saya tegakkan.
Tuan Menteri rasa Tuan mahu lari ke mana?

Kalau sayalah jadi Tuan ketua,
boleh beruban saya hari ke hari,
memikirkan sudah terbaikkah khidmat saya kepada rakyat.
Sudahkah rakyat terbela?
Sudahkah yang miskin diberi makan?
Yang muda diberi pendidikan,
yang kaya dibersihkan hatinya.
Yang tua diberi cinta,
dan yang kecil pula sentiasa dibina.

Kalau sayalah jadi Tuan Patinggi,
saya tak tahu jawatan dan harta saya mahu ke mana.
Sebab saya mati nanti,anak-anak dan waris yang takutnya berebutan.
Kerna saya tahu bukan itu patutnya saya wariskan.
Dan saya juga risau melihat di kiri kanan jalan mereka,tak berumah, tak berdapur, tak belajar,
tak punya hidup seperti saya.
Adakah saya sudah buat apa yang patut saya buat?

Sebab itu saya bukan kamu Tuan Menteri, Tuan Ketua, Tuan Patinggi.
Saya tak mampu berbuat macam kamu.
Tuan-tuan semua memang hebat.
memang amanah, memang kuat, memang mantap.
Tuan-tuan sudah membela rakyat.
Tiada lagi rakyat miskin tertindas.
Tiada lagi jerung-jerung dan buaya menyiksa mereka tak berdaya.
Tiada lagi tanah peribumi dijual dan digadai.
Tiada lagi anak-anak muda berseronok terbiar.
Islam, Tuan-tuan jadikan sebagai dasar.

Syurga untuk Tuan-tuan...
Syurga untuk Tuan-tuan...
Kalaulah syurga itu yang Tuan mahukan...

Selasa, 15 Mac 2011

Air Mata Tidak Selamanya Abadi


Senyum. Bahagia. Tenang. Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi. Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu. Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali. Namun, tanda perhatian dan kasih sayang ALLAH pada hamba-hambaNYA ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya. Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian ‘anggota’ manusia, ketidaksempurnaan pula ada ‘nama timangan’ mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering ku kisahkan cerita ini pada mereka yang lagi dirundum kesedihan. Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah. Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu‘Semangat yang Hilang’ untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang. Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas. Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi. Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik. Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya. Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri. Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu. Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Rama-rama ini berhasil ‘di’keluarkan dengan mudahnya. Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini? Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang? Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Wallahualam

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya

-Orang yang berdoa-

Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak yang hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tidak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahawa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa kepada Allah. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagikan pulau kecil itu kepada dua wilayah dan mereka tinggal berseberangan di dua sisi pulau tersebut. Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong... Seminggu kemudian, lelaki A merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada sebuah kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki A ini berdoa memohon rumah,pakaian,dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapat apa-apa. Akhirnya, lelaki A berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi keesokan harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki A dan isterinya naik ke atas kapal dan besiap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B. Menurutnya, memang lelaki B itu tidak layak menerima barakah tersebut kerana doa-doanya tidak pernah termakbul. Begitu kapal siap berangkat, lelaki A mendengar suara langit bergema, ''hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?''.

jawabnya,''barakahku adalah untuk diri aku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan'',''doa lelaki temanku itu tidak satu pun dikabulkan, maka tidak layak baginya untuk mendapat apa-apa.''

''kau salah!'',suara itu membentak tinggi.'',''tahukah kamu bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa dan semua doanya dikabulkan. Jika tidak kamu tidak akan mendapat apa-apa.''


''katakan padaku...doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus merasa terhutang atas semua ini padanya?'',tanya lelaki A dengan sombong dan bongkak.

''ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!'',kata suara itu lagi...


RENUNGAN: Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? dan apa kelebihan yang kita ada sehingga melupakan orang lain?? Sedarilah wahai saudara-saudaraku betapa banyak orang dan sahabat yang telah mengorbankan segala sesuatu yang berharga demi kejayaan kita. Tidak selayaknya untuk kita mengabaikan peranan mereka. Janganlah menilai seseorang itu dengan sesuatu hanya dari apa yang terlihat sahaja,'don't judge a book by its cover..'
=)

KALAU DAHI TAK CECAH SEJADAH DUNIA

~KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA~
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia,
Bersihkanlah dirmu sebelum kamu dimandikan,
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan,
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan,
Dengan kain kafan yang serba putih
,
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih,
Walaupun orang yang hadir itu merintih.Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai,
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah,
Dengan empat kali takbir dan satu salam,
Berserta Fatihah, Selawat dan Doa,
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah.Tetapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus,
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud,
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekalian Muslimin dan Muslimat!Usunglah dirimu ke tikar solat,
Sebelum kamu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat,Iringilah dirimu ke masjid,
Sebelum kamu diiringi ke pusara.Tangisilah dosa-dosamu di dunia,
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa',
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan,
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan.Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan,
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal.
Bukan yang pergi.
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan.Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan,
Ingatlah di mana saja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan,
Serta menikmati rezeki Tuhan.Justeru bila Dia menyeru,
sambutlah seruan-Nya,
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya.
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membaluti tulang,
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti,
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu!Yang kalau jatuh ke tanah,
Ayam tak patuk itik tak sudu,
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu,
Yang lebih agung dari malaikat.Lahirmu bukan untuk dunia!
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah',
Dengan penuh rela dan bersedia.
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah',
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.Ingatlah yang kekal ialah amal,
Menjadi bekal sepanjang jalan,
Menjadi teman di perjalanan,
Guna kembali ke pangkuan Tuhan,
Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta,Kondominium, saham dan niaga,
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia...

# i cannot do everything,